Matlamat.

Matlamat org melayu sokong ph pada mulanya utk menjtuhkan DS Najib ats skandal 1MDB. Bila Ds Najib dh jatuh, maka terbongkarlah semua. Tetapi berlaku sebaliknya, apabila semua orang melayu nampak apa sebenarnya matlamat ph dlm mentadbir kerajaan dan sokongan terus diberikan kepada DS Najib. Ph hanyalah kuda tungganan Dap. Sebelum pru lg apabila PPBM menyertai PH, dalam pembahagian kerusi parlimen, PPBM hanyalah menumpang diatas kerusi PKR & PAN, manakala DAP langsung tidak memberi kerusi kepada PPBM utk bertanding. Disitu sudah nampak siapa yang menguasai PH.

Ahli PAN pula terdiri daripada bekas ahli PAS yang kalah bertanding pada muktamar pemilih jawatankuasa PAS. PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana tidak sehaluan dengan agenda DAP. Ahli PAS yang tidak setuju dengan keputusan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) dan terus bersama DAP & PKR seterusnya menubuhkan PAKATAN HARAPAN.

Matlamat penubuhan parti.

PKR – Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999

Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.

PAN – Ia bermula apabila Majlis Syura Pas mengesahkan hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan yang telah mengakibatkan Pakatan Rakyat berkubur.

Keputusan itu kemudiannnya menyebabkan wujud dua kumpulan pemimpin dalam Pas dengan satu kumpulan dipelopori ulama muda mahu Pas bersendirian, dan satu lagi kumpulan dipelopori sebahagian besarnya oleh golongan profesional dan progresif, yang mahu hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikekalkan.

Kumpulan progresif ini juga mahu meneruskan pendekatan politik yang telah dipelopori oleh Tuan Guru Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekerjasama dengan PKR dan Dap.

Sejarah merekodkan bahawa sokongan rakyat terhadap Pas paling menyerlah pada PRU13 khususnya sokongan bukan Islam kesan kerjasama antara ketiga-tiga parti ini.

Ekoran perbezaan aliran pemikiran ini, kumpulan progresif yang turut disertai oleh ulama dan aktivs politik ini dituduh tidak wala’, munafik, pengkhianat oleh kumpulan satu lagi sehingga pada Muktamar Pas di Kuala Selangor pada Jun 2015, kumpulan ini disingkir secara terancang oleh kumpulan ulama muda ini.

Keputusan muktamar yang memperlihatkan pimpinan progresif ‘gugur setandan’ itu mencetus rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan aktivis parti di peringkat bawahan yang kemudian menganjurkan Wacana Melawati (sempena mengambil nama tempat pertemuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur) pada tarikh 14 Jun 2015.

Pada perhimpunan ini mereka telah membuat resolusi mendesak pemimpin yang disingkir pada muktamar Pas lalu untuk menubuhkan satu gerakan baru. Maka bermula detik itu, satu perjalanan perjuangan baru bermula.

PPBM – Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM, parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[8].

Tiada langsung matlamat penubuhan parti tersebut untuk membela agama Islam dan Hak orang melayu berbanding matlamat penubuhan PAS dan Umno.

Leave a comment