Matlamat.

Matlamat org melayu sokong ph pada mulanya utk menjtuhkan DS Najib ats skandal 1MDB. Bila Ds Najib dh jatuh, maka terbongkarlah semua. Tetapi berlaku sebaliknya, apabila semua orang melayu nampak apa sebenarnya matlamat ph dlm mentadbir kerajaan dan sokongan terus diberikan kepada DS Najib. Ph hanyalah kuda tungganan Dap. Sebelum pru lg apabila PPBM menyertai PH, dalam pembahagian kerusi parlimen, PPBM hanyalah menumpang diatas kerusi PKR & PAN, manakala DAP langsung tidak memberi kerusi kepada PPBM utk bertanding. Disitu sudah nampak siapa yang menguasai PH.

Ahli PAN pula terdiri daripada bekas ahli PAS yang kalah bertanding pada muktamar pemilih jawatankuasa PAS. PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana tidak sehaluan dengan agenda DAP. Ahli PAS yang tidak setuju dengan keputusan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) dan terus bersama DAP & PKR seterusnya menubuhkan PAKATAN HARAPAN.

Matlamat penubuhan parti.

PKR – Parti Keadilan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan sebuah parti kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999

Selepas Pilihan raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.

PAN – Ia bermula apabila Majlis Syura Pas mengesahkan hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan yang telah mengakibatkan Pakatan Rakyat berkubur.

Keputusan itu kemudiannnya menyebabkan wujud dua kumpulan pemimpin dalam Pas dengan satu kumpulan dipelopori ulama muda mahu Pas bersendirian, dan satu lagi kumpulan dipelopori sebahagian besarnya oleh golongan profesional dan progresif, yang mahu hubungan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikekalkan.

Kumpulan progresif ini juga mahu meneruskan pendekatan politik yang telah dipelopori oleh Tuan Guru Datuk Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu bekerjasama dengan PKR dan Dap.

Sejarah merekodkan bahawa sokongan rakyat terhadap Pas paling menyerlah pada PRU13 khususnya sokongan bukan Islam kesan kerjasama antara ketiga-tiga parti ini.

Ekoran perbezaan aliran pemikiran ini, kumpulan progresif yang turut disertai oleh ulama dan aktivs politik ini dituduh tidak wala’, munafik, pengkhianat oleh kumpulan satu lagi sehingga pada Muktamar Pas di Kuala Selangor pada Jun 2015, kumpulan ini disingkir secara terancang oleh kumpulan ulama muda ini.

Keputusan muktamar yang memperlihatkan pimpinan progresif ‘gugur setandan’ itu mencetus rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan aktivis parti di peringkat bawahan yang kemudian menganjurkan Wacana Melawati (sempena mengambil nama tempat pertemuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur) pada tarikh 14 Jun 2015.

Pada perhimpunan ini mereka telah membuat resolusi mendesak pemimpin yang disingkir pada muktamar Pas lalu untuk menubuhkan satu gerakan baru. Maka bermula detik itu, satu perjalanan perjuangan baru bermula.

PPBM – Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM, parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[8].

Tiada langsung matlamat penubuhan parti tersebut untuk membela agama Islam dan Hak orang melayu berbanding matlamat penubuhan PAS dan Umno.

Kominis.

BAHAGIAN 1

SEJARAH BERMUKA MUKA DAN KEKEJAMAN KOMUNIS BINTANG TIGA KE ATAS ORANG ISLAM MELAYU DI JOHOR DAN PEMBUNUHAN KEJAM DI BENUT 1945

Orang Melayu terpengaruh dengan propaganda komunis pada peringkat awal. Ini kerana mereka termakan janji bahawa akan diberi peluang untuk mentadbir Tanah Melayu selepas perang. Di Batu Pahat, pergaduhan di antara Melayu dengan Cina bermula sejak Mac 1945 dan bertambah panas pada 21 Ogos 1945 selepas MPAJA menguasai kawasan pekan. Situasi cemas juga turut dialami pada awal Ogos 1945 apabila terdapat berita bahawa gerila komunis akan menguasai kawasan perkampungan. Beberapa hari kemudian MPAJA telah menguasai Balai Polis Kepala Batas, Alor Janggus, Takai dan Simpang Empat di Kedah serta merampas senjata api. Di Batu Pahat dan Yong Peng, Johor, ramai orang Melayu yang terpaksa bekerjasama dengan komunis. Mereka terpaksa kerana ingin mempertahankan nyawa penduduk kampung yang lain. Antara yang mempertahankan kelangsungan hidup orang Melayu ialah Haji Sahran bin Abdul Ghani. Kekejaman komunis terhadap orang Melayu telah menyebabkan beliau terus protes dan tidak memberikan sokongan kepada komunis.

Orang Melayu mula bersatu apabila komunis mengancam institusi politik, kekeluargaan dan berlaku pelanggaran ke atas budaya dan agama Islam. Orang Melayu telah diseksa tanpa perikemanusiaan. Terdapat orang Melayu yang dikurung dalam keranjang babi, diseksa, ditikam dan dikelar serta disepak. Ada juga yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya diatas tanah untuk disepak. Terdapat juga yang dibawa masuk ke dalam hutan tanpa berita. Tekanan dan kekejaman yang dilakukan oleh komunis menyebabkan orang Melayu bersatu serta membentuk barisan parang panjang bagi mempertahankan diri dan kelangsungan hidup.

Gangguan komunis dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap orang Cina keseluruhannya. Peristiwa sebegini berlaku di Batu Pahat, Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa. Tentera Bintang Tiga melarang orang Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk menunaikan sembahyang terawih dan beribadat. Masjid juga dicemari dan Al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis. Masjid dan surau sering kali dijadikan sebagai tempat bermesyuarat komunis. Orang Islam di Batu Pahat, Johor berada dalam keadaan yang amat tertekan dan tidak selamat, khususnya apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai di masjid atau surau. Gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang mengerjakan solat Jumaat. Masjid dicemari dengan kejadian menyembelih babi.

Ruang masjid digunakan sebagai tempat memasak daging babi dan orang Melayu telah dipaksa untuk menyertai mereka. Hal yang demikian menyebabkan masyarakat setempat terganggu untuk melaksanakan ibadat. Orang Melayu di kawasan perkampungan Air Hitam yang disyaki sebagai tali barut Jepun, dibunuh, dicincang lumat dan diberikan sebagai makanan kepada babi.

Larangan dan sekatan beribadat membuatkan orang Melayu semakin bersatu. Surau dan masjid dilihat sebagai tempat yang amat strategik bagi orang Islam berkumpul dan merancang masa yang sesuai menghadapi komunis. Jumlah kekuatan Kuomintang (KMT) dan komunis ketika menentang Jepun dianggarkan seramai 300,000 orang. Manakala jumlah anggota AJU seramai 10,000 ke 12,000 orang. 95% daripada mereka terdiri daripada orang Cina dan selebihnya orang Melayu serta India. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengukuhkan kekuasaan mereka semasa dan selepas perang.

Kekalahan Jepun menyebabkan MPAJA dengan mudah dapat menguasai Balai Polis Bandar Maharani dan Parit Jawa. MPAJA menawan balai polis tersebut dengan kelengkapan persenjataan yang cukup dan bilangan tentera seramai tiga buah lori. Gangguan terhadap institusi keagamaan orang Islam dilakukan oleh komunis dengan tujuan untuk melemahkan semangat perjuangan orang Melayu. Oleh yang demikian, surau dan masjid sentiasa penuh bukan sahaja ketika waktu solat berjemaah tetapi juga diwaktu lain. Masjid dan surau digunakan dengan sebaik mungkin sebagai tempat berkumpul dan membincangkan survival orang Islam. Walau bagaimanapun, usaha awal orang Melayu ialah dengan berdoa kepada Allah agar mereka sentiasa terpelihara daripada kesusahan.

Pencerobohan ke atas kesucian agama Islam menjadikan orang Melayu yang menganggotai MPAJA mulai beralih angin setelah melihat tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap orang Melayu. Hal yang demikian ini juga telah meningkatkan kebencian terhadap komunis. Kebencian ini juga beralih kepada semua komuniti Cina yang terpengaruh dengan propaganda komunis. Akibatnya ramai diantara orang Melayu yang diseksa oleh komunis di Bakri Batu Enam Bukit Mor.

Penolakan orang Melayu terhadap propaganda komunis menyebabkan MPAJA menaruh perasaan benci terhadap agama Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, MPAJA yang mengambil alih pentadbiran di Batu Pahat menjalankan hukuman ke atas orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka menyerang kampung dan membunuh orang Melayu yang dianggap sebagai tali barut Jepun seperti penghulu, polis dan askar Melayu. Pada 10 Jun 1945, MPAJA membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abdullah ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Pada hari Ahad 10 Jun 1945, satu rombongan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai kerajaan, diketuai oleh Ismail bin Dato’ Abdullah, Pegawai Daerah menerima jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Sekolah Cina Benut yang dianjurkan oleh penduduk tempatan. Rombongan telah bertolak dari Batu Pahat pada sebelah pagi. Rombongan ini bertolak selepas singgah sebentar di pekan Senggarang, sebelum meneruskan perjalanan ke Benut. Pada jam 3.00 petang, tersebar berita yang memeranjatkan iaitu rombongan ini diserang dan dibunuh oleh Bintang Tiga ketika berada di bilik jamuan sekolah.

Berita pembunuhan itu menyebabkan seorang anggota polis dari Benut meminta bantuan dari Penggaram. Berikutan itu, sepasukan askar Jepun dan polis tiba di tempat kejadian. Mereka menjumpai lima mayat yang terdiri daripada mayat Encik Ismail bin Dato’ Abdullah (Pegawai Daerah), Tuan Haji Hasbullah bin Haji Arshad (Kadi Batu Pahat), Dr. S. Woodhull (Pegawai Perubatan), Mr. Sato (Pegawai Perhubungan Jepun) dan seorang lagi yang tidak dikenali. Kelima-lima mayat dibawa balik ke Batu Pahat pada waktu Maghrib dan kemudiannya dikebumikan. Bagi meredakan keadaan, pada hari Rabu 13 Jun 1945, Gabenor Johor, Sunakawa datang ke Batu Pahat bagi menyampaikan ucapan takziah dan saguhati kepada waris-waris yang terkorban. Beliau menyampaikan ucapan dihadapan pegawai-pegawai kerajaan bahawa kematian Pegawai Daerah dan pegawai lain adalah satu pengorbanan besar ketika melaksanakan tugas. Beliau juga telah berjanji untuk menangkap dan menghukum pesalah tersebut.

Orang Melayu hilang kepercayaan terhadap perjuangan MPAJA apabila ramai saudara mara dan penduduk kampung yang dibunuh. Orang Melayu yang berusaha mempertahankan nyawa dan keselamatan telah bersatu dan mula menentang MPAJA dengan melakukan serangan di pekan kecil, ladang getah dan kawasan kebun sayur. Serangan ini juga sering kali berakhir dengan pembunuhan, kejadian membakar rumah kediaman dan rompakan. Beberapa buah kawasan perkampungan seperti di Mukim Simpang Kiri, Simpang Kanan, Senggarang, Parit Raja, Seri Mendapat dan Seri Gading adalah kampung yang paling teruk menerima tekanan dan kezaliman Bintang Tiga. Keengganan orang Melayu bekerjasama menyebabkan komunis mula membunuh pemimpin tempatan dan ulama serta membakar mereka sekeluarga. Terdapat juga orang Melayu yang pergi ke kawasan pekan dan bandar ditangkap dan direbus. Di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor, Tuan Haji Yunus telah diracun oleh orang Melayu yang menjadi tali barut komunis ketika minum disebuah kedai di Batu Pahat.

Pada hari Jumaat, 23 Ogos 1945, jam 8.00 pagi, penduduk bandar Penggaram gempar dan terperanjat apabila terdengar sorakan Bintang Tiga. Mereka berbaris dan berarak mengelilingi bandar Penggaram. Sebahagian besar daripada mereka membawa senjata automatik dan senapang yang dikutip daripada Jepun dan British. Saki baki askar Jepun dan anggota polis tidak memberikan tentangan terhadap perarakan Bintang Tiga. Dalam waktu yang singkat, mereka berjaya menawan Balai Polis dan Kelab Batu Pahat dan menaikkan Bendera Merah komunis. Sekolah Cina dan kelab suku kaum Cina yang banyak terdapat di Batu Pahat juga mengibarkan bendera merah komunis. Kelab Batu Pahat dijadikan sebagai tempat tahanan sementara sebelum dibawa ke Balai Polis yang dikuasai oleh Bintang Tiga.

Terdapat tahanan yang ditoreh badan mereka dengan pisau, kemudian dicucuh dengan puntung rokok. Sesetengahnya dipaksa minum air sabun. Antara tempat seksaan Bintang Tiga di Batu Pahat di Kelab Cina, Jalan Jenang disebelah pawagam Odeon. Bangunan perniagaan Cina di Jalan Rahmat dijadikan sebagai markas Bintang Tiga. Antara lokasi lain markas Bintang Tiga di Batu Pahat di Bukit Pasir. Sementara cawangannya terletak di Semerah, Seri Medan, Yong Peng dan Senggarang. Bukit Pasir inilah yang telah menjadi markas dimana ramai penduduk kampung yang dalam perjalanan ke bandar Penggaram diculik dan dibunuh. Terdapat ramai orang Melayu yang ditangkap dan diadili di Mahkamah Tentera Bintang Tiga atau Kangaroo Court. Pada kebiasaannya tindakan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan hukuman mati menanti pesalah yang diadili di mahkamah tersebut.

Tindakan balas dendam dan kezaliman komunis semakin berleluasa khususnya terhadap penduduk Mukim Simpang Kiri, Seri Medan. Terdapat satu pasukan kecil Bintang Tiga yang secara bergilir-gilir menunggu penduduk kampung yang datang berhampiran dengan jeti sungai yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Kastam. Terdapat juga peristiwa yang berlaku di pasar awam bandar Penggaram di mana Bintang Tiga telah menggempur orang ramai yang sedang membeli barangan di pasar. Terdapat orang Melayu yang ditangkap dan diculik. Yahya, seorang mata-mata gelap yang sedang minum dikedai kopi Jalan Engan telah diseret keluar, diseksa dan dibawa ke kem komunis. Komunis bersikap prejudis dengan menyatakan bahawa orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun dan menindas komuniti Cina. Oleh yang demikian, orang Melayu menjadi sasaran kekejaman mereka.

Episod akan datang KEBANGKITAN PARANG PANJANG@SELEMPANG MERAH